KUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara sudah meminta Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, untuk menjalankan siasatan susulan berhubung kes kematian Teoh Beng Hock.

Siasatan kes berkenaan dirasakan perlu bagi membolehkan pihak Mahkamah Rayuan mengenalpasti identiti individu lain yang turut terbabit semasa kejadian berlaku termasuk pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam kes berkenan Ramkarpal Singh, melalui firma Tetuan Karpal Singh, berkata pihaknya sebelum ini sudah menulis surat kepada Peguam Negara, bagi kemungkinan sama ada kes kematian Beng Hock boleh disiasat secara lanjut.

"Saya boleh sahkan bahawa Pejabat Peguam negara, sudah menghantar surat kepada Ketua Polis Negara (KPN) semalam, bagi meminta siasatan susulan kes kematian Teoh Beng Hock, dijalankan.

"Selain pejabat KPN, satu salinan surat berkenaan turut diserahkan kepada firma saya (Tetuan Karpal Singh)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya berpendapat perkara itu satu perkembangan positif dan seterusnya dapat mendedahkan mereka yang bertanggungjawab menyebabkan kematian Beng Hock.

"Ini kerana sebelum ini Mahkamah Rayuan sudah membuat penemuan bahawa wujud individu lain terbabit dalam kejadian berkenaan.

"Saya akan meminta pihak berkuasa mengemaskini perkara ini secara berterusan kerana keadilan akan dipastikan wujud dalam kes Beng Hock," katanya.

Beng Hock ditemui mati pada 16 Julai 2009 di pejabat SPRM, di tingkat 5, Plaza Masalam, Shah Alam, sehari selepas ditahan oleh SPRM, berhubung siasatan penyalahgunaan wang wakil rakyat di negeri Selangor.

Keluarga Beng Hock kemudian memohon untuk membuka semula siasatan kes berkenaan pada tahun 2011 namun mahkamah menolak permintaan keluarga mereka.

Permohonan sama juga turut dibuat oleh keluarga Beng Hock pada 2014 di Mahkamah Rayuan tetapi turut ditolak.

Sumber : Berita Harian Online

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.