Pengerusi EAIC Datuk A Aziz A Rahim berkata agensi itu memandang serius dakwaan mengenai ketidakpatuhan dan penyalahgunaan kuasa polis apabila menahan Siti Kasim.

Penahanan Siti Kasim EAIC teliti jika polis patuh SOP

Datuk A Aziz A Rahim berkata EAIC akan meneliti perkara itu sama ada benar dakwaan mengenai ketidakpatuhan polis dalam menjalankan tugas dan fungsi mereka. (Gambar Facebook)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan meneliti penahanan peguam dan aktivis Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim untuk menentukan sama ada polis mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) apabila melaksanakan penahanan itu.

Dalam satu kenyataan, Pengerusi EAIC Datuk A Aziz A Rahim berkata agensi itu memandang serius dakwaan mengenai ketidakpatuhan dan penyalahgunaan kuasa polis apabila menahan Siti Kasim.

“EAIC akan meneliti perkara itu… sama ada benar dakwaan mengenai ketidakpatuhan polis dalam menjalankan tugas dan fungsi mereka.

“Ini selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 28 Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700) yang menyebut Suruhanjaya boleh memulakan penyiasatannya sendiri jika suruhanjaya berpuas hati perkara itu mempunyai kepentingan signifikan kepada orang ramai atau demi kepentingan awam,” kata beliau.

Siti Kasim ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 12.40 tengah malam semalam kerana dikatakan menghalang penjawat awam menjalankan tugas berikutan laporan polis yang dibuat seorang peguam yang mendakwa peguam itu menculik anak perempuannya berusia 24 tahun pada Khamis.

Dia didakwa menculik perempuan itu, yang juga anak guamnya, ketika menjalani pemeriksaan psikiatri di Hospital Kajang dan kemudian diselamatkan oleh polis di sebuah unit kondominium di Segambut pada malam Sabtu.

Bagaimanapun, polis membebaskan Siti Kasim selepas Mahkamah Majistret menolak permohonan bagi perintah reman.

Sumber : Free Malaysia Today

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.