Kota Kinabalu, 21 Jun (Bernama) -- Pengawai dan anggota polis perlu ikhlas dalam menjalankan tugas di samping memenuhi kod etika Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan integriti sebagai penjawat awam terpelihara.

Pengarah Pengurusan PDRM Datuk Seri Abdul Ghafar Rajab berkata nilai murni itu penting dalam menghadapi pelbagai cabaran dan halangan ketika bertugas. "Selain berhadapan dengan penjenayah yang semakin licik, tekanan dari sudut integriti juga menuntut anda berfikir secara jauh dan rasional."

"Sering kali kita baca di akhbar bagaimana segelintir penjawat awam termasuk pegawai dan anggota PDRM ditangkap atas kesalahan dadah, rasuah, salah guna kuasa, kecuaian dan lain-lain yang sedikit menghakis kepercayaan masyarakat terhadap pasukan polis," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menutup Majlis Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan - Konstabel di Universiti Malaysia Sabah di sini hari ini. 

Abdul Ghafar juga berkata pegawai dan anggota perlu sentiasa peka dengan perkembangan yang berlaku dalam PDRM, termasuk menyemak arahan, pekeliling, pindaan terbaharu undang-undang dan perintah tetap Ketua Polis Negara. 

Sejumlah 260 pelatih dari Sabah dan Sarawak, termasuk 60 wanita menjalani program latihan itu selama enam bulan sejak 17 Dis lepas.

Sumber : Berita Wilayah

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.