Pada Sabtu lepas, dilaporkan seorang remaja berusia 16 tahun telah ditahan dan dipukul oleh pihak polis Kes ini telah dilaporkan oleh Charles Santiago yang merupakan Ahli Parlimen Klang kepada pihak polis sejurus selepas kes ini berlaku. Dikatakan pada malam Sabtu tersebut, Mikail Quay telah keluar menunggang motornya tanpa lesen apabila beliau melalui satu road block di jalan raya. Setelah beliau ternampak sekumpulan pihak polis di jalan raya tersebut, beliau bercadang untuk melepaskan diri dari situ. "Seorang pegawai polis tiba-tiba keluar dari semak dan menghentak topi keledar saya sehingga patah. Kemudian, mereka menyuruh saya menolak motosikal kira-kira 50 meter ke sekatan jalan raya, di mana di situ saya jatuh rebah di tepi jalan," cerita Mikail.

Remaja 16 Tahun Dipukul Polis Di Shah Alam Sehingga Retak Kepala Dan Soket Mata Kanan 1

"Mikail tidak layak untuk mendapat layanan seperti itu. Dia mungkin mengalami kerosakan otak atau kehilangan penglihatan pada masa depan," kata bapa mangsa, Amirul Quay.

Oleh kerana keretakan yang teruk di kepalanya dan juga pada soket mata kanan dan hidung, beliau telah ditahan di dalam wad di Hospital Shah Alam dan dirawat di sana. Menurut bapanya Amirul Quay, selain daripada kecederaan, terdapat juga pendarahan kecil di dalam otak anaknya itu

"Ya saya tahu bahawa dia telah melakukan suatu kesalahan. Tetapi cukuplah hanya sekadar mendakwanya di mahkamah atau menegur ibu bapa kerana kecuaian kami. Bukan dengan cara begini, ini bukanlah hukuman yang betul. Dia hanya berusia 16 tahun. Kenapa harus anak saya diperlakukan sebegini?" rintih Amirul Quay.

Remaja 16 Tahun Dipukul Polis Di Shah Alam Sehingga Retak Kepala Dan Soket Mata Kanan 2

Apa-apapun kami berharap agar pihak polis dapat menerangkan hal sebenar akan insiden yang telah berlaku ini.

Dengan bantuan yang diberi oleh Charles Santiago dan juga rakannya, kini bapa Mikail sudah pun selesai membuat laporan kepada pihak polis. Buat masa sekarang, sebarang komen dan kenyataan tidak lagi diberi oleh pihak polis. Kini kita hanya dapat mengharapkan agar keadaan Mikail dapat pulih seperti biasa.

Remaja 16 Tahun Dipukul Polis Di Shah Alam Sehingga Retak Kepala Dan Soket Mata Kanan 3

Enforcement Agency Integrity Commission
Level 5, Menara Block
Menara Usahawan
No. 18 Persiaran Perdana, Precint 2
62652 Putrajaya, Malaysia

am GENERAL LINE+603-8880 5650

fax FAX+603-8880 5646

emel EMAIL This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.